Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan
1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada pemanggilan tender untuk membina jalan selari dengan Jalan Besar Ayer Tawar (dari Dewan Persatuan Kutien Manjung ke Batu 16, Ayer Tawar) sudah dibuat dan jika sudah, nyatakan jumlah kos untuk pembinaan jalan tersebut.
2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Kerajaan Negeri membenarkan Majlis Perbandaran Manjung menaikkan lesen pengiklanan berpuluh kali ganda dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Manjung) 2013.
3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan dalam kegiatan ekonomi negeri Perak berapa peratusan adalah dari kegiatan pembinaan perumahan, premis perniagaan dan kilang-kilang untuk tahun 2010, 2011, 2012, 2013 & 2014. Sejauh manakah industri pembinaan ini terjejas akibat cukai pembangunan (development charge) dikenakan sejak 1/1/2014.
Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis
4.Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan jenis-jenis cukai yang dikenakan dan sumbangan-sumbangan yang perlu dibayar oleh pemaju-pemaju semasa memajukan sesuatu projek perumahan, premis perniagaan atau kilang-kilang.
5.Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan peruntukan kewangan dan/atau tanah yang diluluskan kepada SSI (State Secretary Incorporated) untuk tahun 2009 hingga 2014 dan apakah yang dibuat oleh SSI dengan peruntukan dan tanah yang diluluskan kepadanya.
6.Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan peruntukan kewangan dan/atau tanah yang diluluskan kepada MBI (Menteri Besar Incorporated) untuk tahun 2009 hingga 2014 dan apakah yang dibuat oleh MBI dengan peruntukan dan tanah yang diluluskan kepadanya.
No comments:
Post a Comment