Friday, November 21, 2014

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berjanji untuk mengkaji semua polisi baru yang menetapkan bahawa bot nelayan lesen B hanya dibenarkan menangkap ikan di kawasan luar daripada 8 batu nautikal

Kenyataan Media

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Sri Ismail Sabri  berjanji untuk mengkaji semua polisi baru yang menetapkan bahawa bot nelayan lesen B hanya dibenarkan menangkap ikan di kawasan luar daripada 8 batu nautikal apabila Ahli Parlimen Beruas YB Dato' Ngeh Koo Ham menimbulkan isu ini parlimen baru-baru ini. 

YB Dato’ Ngeh Koo Ham  menyatakan bahawa Polisi baru yang berkehendaki bot nelayan lesen B menangkap ikan luar kawasan 8 batu nautikal telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum nelayan. YB Dato’ Ngeh Koo Ham sendiri telah turun bertemu dengan para nelayan dan menyampaikan saranan mereka kepada menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Menurut menteri, pihak bertanggungjawab akan mengkaji semula polisi tersebut.

Menurut YB Dato’ Ngeh Koo Ham lagi, sejak polisi ini diperkenalkan pada bulan Mac, beliau telah menerima banyak aduan daripada nelayan. Mereka menyatakan bahawa jika terus melaksanakan polisi baru ini akan mendatangkan kerugian besar kepada para nelayan. Banyak bot nelayan lesen B tidak berkemampuan menangkap hasil laut seperti ikan dan udang di luar 8 batu nautikal.

Setelah menerima aduan para nelayan, beliau telah menyampaikan luahan hati mereka ini kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain itu, beliau juga melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat membawa isu ini bincang di dalam Dewan Rakyat.

Isu terbaru yang bakal melanda kaum nelayan pula ialah mulai 1 Januari 2016, mereka dilarang menggunakan pukat tunda. Harga pembinaan sebuah bot nelayan boleh menelan belanja dari RM 100,000 hingga berjuta-juta ringgit. Jika polisi ini diteruskan, nelayan akan mengalami kerugian besar.

YB Dato’ Ngeh Koo Ham berharap agar pihak kerajaan dapat berjumpa dan berbincang dengan para nelayan sebelum melaksanakan polisi-polisi baru di masa akan datang.

No comments: