Monday, August 29, 2016

Sabtu 27 Ogos 2016, beberapa hari sebelum negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke-59, YB Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas merangkap ADUN Sitiawan bersama YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis telah melawat sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang sungguh daif. Turut melawat keluarga tersebut ialah Encik Zain Bin Haji Mohamed daripada IKRAM, cawangan Manjung.


Keluarga ini yang tinggal di Kampung Permatang Tinggi, Pengkalan Baharu, di Pantai Remis sangat memerlukan bantuan lantaran keadaan kewangan mereka yang sangat kekurangan. Ibu mereka Rozita pula tidak bekerja, manakala anak sulung keluarga ini pula hanya bekerja di kedai makan bagi menyara adik beradiknya.

Namun begitu, masih ada sinar yang menanti esok mereka. Seorang anak daripada keluarga ini, Muhammad Alief yang baru sahaja menamatkan pengajian dari Kolej Matrikulasi Perlis dengan keputusan cemerlang, memperolehi PGNK 3.92.

Adik perempuannya juga merupakan pelajar cemerlang di SK Gangga Beruas dan ibu mereka Rozita memaklumkan sudah dua tahun yuran dan asrama sekolah tidak mampu dibayar oleh keluarganya.


Menurut Rozita lagi, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat bantuan  tetapi semua menemui jalan buntu.

Muhammad Alief pula akan menyambung pengajiannya di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian pada 28 Ogos 2016. Keadaan kewangan mereka yang sangat terhad seharusnya mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak Kerajaan Negeri Perak atau Kerajaan Persekutuan. Tanpa bantuan kewangan Muhammad Alief tidak akan dapat melanjutkan pelajarannya. 

YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Wong May Ing telah melawat keluarga ini dan memberi  sumbangan kewangan kepada Muhammad Alief melalui DAP Sunshine Projek ( program amal DAP ) untuk memulakan pengajian di UUM bermula Isnin ini. Diharapkan bantuan-bantuan yang lain juga akan dapat diberikan kepada keluarga ini supaya mereka mampu keluar dari belenggu kemiskinan yang dialami selama ini.


May Ing ( kiri sekali ), Zain ( ketiga dari Kiri ), Rozita (ke6 dari kiri) ,Alief & Dato Ngeh ( ke4 dari kanan )
Attachments area

Friday, August 5, 2016

Kenyataan Media oleh Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan pada hari Jumaat, 5 Ogos 2016 di Ayer Tawar, Perak. 

Kerajaan Barisan Nasional membina sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan kos Rm 165,000.00 di negeri Perak. Prima facie terdapat unsur rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta bertindak menyiasat dengan segera. 

Sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli sebuah rumah menggunakan wangnya sendiri dan bersetuju dengan permohonan mengubah kegunaan sebidang tanah di atas kapasitinya sebagai seorang pegawai kerajaan adalah rasuah, kita boleh nampak lebih banyak kes rasuah dan kes-kes rasuah yang lebih ketara di negeri Perak . 

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Seri Noh Omar telah mengumumkan bahawa kos pembinaan sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah RM165,000.00 seunit. Beliau juga telah mengumumkan bahawa di bawah PPR ini sebanyak 99 buah unit rumah sedang dibina di Seri Iskandar dan 260 unit apartmen sedang dibina di Kamunting. 

Menteri Noh Omar atau Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry bin Abdul Kadir mesti menjelaskan samada kos RM165,000.00 ini termasuk atau tidak termasuk harga tanah perumahan ini. Sekiranya ia termasuk harga tanah, ia masih prima facie terdapat elemen rasuah kerana harga tersebut adalah terlalu tinggi berbanding dengan kos yang sepatutnya. Sekiranya ia tidak termasuk harga tanah maka ia melibatkan rasuah yang lebih besar. 

Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan bahawa harga sebuah rumah kos rendah di negeri Perak mesti dijual dengan harga RM70,000.00 atau lebih rendah dan sebuah rumah kos sederhana hendaklah dijual dengan harga antara RM70,000 sehingga RM140,000.00.

 Noh Omar juga telah mengumumkan bahawa rumah PPR diatas akan dijual dengan harga RM35,000.00. Maka, perumahan PPR di atas mestilah dibawah kategori rumah kos rendah atau rumah kos sederhana. 

Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak telah menetapkan harga siling rumah kos rendah pada harga RM70,000.00 untuk rumah kos rendah dan harga siling bagi rumah kos sederhana pada harga RM140,000.00 maka kos pembinaan rumah- rumah tersebut mestilah masing-masing dibawah RM70,000.00 dan RM140,000.00 seunit. 

Maka, sekiranya Kerajaan Barisan Nasional membina sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat pada kos RM165,000.00 seunit, ia merupakan sesuatu yang menimbulkan persoalan. Prima facie terhadap elemen rasuah dalam projek-projek di atas. 

Saya dengan ini meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian untuk menyiasat kedua-dua projek di atas dengan segera bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak wang rakyat memandangkan terdapat empat lagi projek PPR dengan 2000 unit rumah sedang dirancang untuk dibina di Negeri Perak. 

Bertarikh 5hb Ogos, 2016. NGEH KOO HAM ADUN Sitiawan & Ahli Parlimen Beruas

Media Statement by Ngeh Koo Ham, Member Parliament for Beruas and State Assemblyman of Sitiawan at Ayer Tawar, Perak on 5th August, 2016 (Friday).

It costs BN Government RM165,000-00 to build one housing unit under People’s Housing Programme (PPR) in Perak. Prima Facie there is an element of corrupt practice. Malaysian Anti Corruption Agency must act immediately.


If Penang Chief Minister, Lim Guan Eng’s purchase of a house using his personal fund and his agreement to rezone a piece of land in his capacity as a government official is corruption then you can find at many many times more glaring cases of corrupt practices in Perak.

Housing Urban Wellbeing and Local Government Minister, Tan Sri Noh Omar has announced that the building cost for each unit of housing under the People’s Housing Programme (PPR) that is being constructed in Seri Iskandar and Kamunting Perak is RM165,000-00 per unit. The Minister has announced that 99 units of landed property in Seri Iskandar and 260 of apartment units in Kamunting are being constructed.

The Minister or the Menteri Besasr of Perak, Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir must clarify if the said RM165,000-00 is inclusive or exclusive of the land cost. If it is inclusive of the land cost there is still prima facie an element of corrupt practice as the price is way higher than what it should be. If it is exclusive of the land cost then, the corrupt practice is on a larger scale.

The Perak Government has set low cost houses in Perak to be sold Developers at RM70,000-00 or below and medium cost houses at between 70,001 till RM140,000-00.

Noh Omar has announced that the housing unit in the above said housing schemes will be sold to the people at RM35,000-00. Such  housing units must be under the low cost or medium cost categories.

If the BN  Perak Government set the ceiling price at RM70,000-00 for the price for a low cost unit and the ceiling price at RM140,000-00 for the price for a medium cost unit, the cost for construction of such houses must be below RM70,000-00 and RM140,000-00 respectively.

So, for the BN government to build a unit of housing under the People Housing Programme at RM165,000-00 per unit, something is amiss. Prima facie there is an element of corrupt practice.

I call on the Malaysian Anti Corruption Agency to investigate the above said 2 projects immediately less more public funds are lost as 4 more PPR projects with some 2,000 units of housing are being planned in the Perak State.

Dated this 5th August, 2016.



NGEH KOO HAM
Sitiawan State Assemblyman &
Member of  Parliament for  Beruas


主行动党木歪区国会议员兼实兆远州议员倪可汉于201685日(星期五)在霹雳爱大华发表的媒体声明。

国阵政府在霹雳州人民房屋计划(PPR)下花费马币165000令吉建一个房屋单位。初步认定有腐败行为的元素。马来西亚反贪会必须立即采取行动。


如果槟州首席部长林冠英使用其个人资金购买房子,并作为一名政府官员同意改划一块土地是腐败的话,那么你可以在霹雳州找到很多很多更加明显的腐败行为。

城市和谐、房屋及地方政府部长丹斯里诺奥马日前宣布,在人民房屋计划(PPR)下斯里依斯干达和霹雳州甘文丁的每个房屋单位的建筑成本是马币165000令吉。诺奥马也宣布,在斯里依斯干达有99个有地房产单位以及在甘文丁260个公寓单位正在兴建中。

诺奥马或霹雳州大臣拿督斯里赞比里必须解释建筑成本马币165000令吉是否包括或不包括土地的成本。如果其建筑成本包括土地成本,那么初步认定依然存在腐败行为的元素,因为其价格比原有的成本更高。如果不包括土地成本,那么将存在更大规模的腐败行为。

霹雳州政府已设定房屋发展商只能以马币7万令吉或以下销售低成本房屋,而中等成本房屋销售价介于7万零1令吉至14万令吉之间。

诺奥马日前宣布,在人民房屋计划下每个房屋单位的售价为马币35000令吉。这些房屋单位的售价必须低于低成本或中等成本类别。

如果霹雳州国阵政府为低成本和中等成本房屋单位所设定的上限价格为马币7万令吉和马币14万令吉,那么房屋的建筑成本必须分别低于马币7万令吉和马币14万令吉。

因此,国阵政府在人民房屋计划下以马币165千令吉建一个房屋单位是有问题的,初步认定有腐败行为的元素。

我呼吁马来西亚反贪会立即调查上述的工程,以避免损失更多的公款,因为霹雳州正在计划另外4个人民房屋计划项目,在这些项目下,将兴建大约2000个房屋单位。


201685



倪可汉
实兆远州议员
木歪区国会议员