Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah penuntut-penuntut di setiap institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan jumlah mengikut kaum.
Jawapan
Sehingga September 2008, jumlah penuntut di IPTA adalah seramai 403,009 orang. Pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:-
Melayu-65.1%
Cina-11.67%
India-2.72%
Lain-lain- 20.46%
Dalam sidang media yang dianjurkan oleh Dato' Ngeh di pusat perkhidmatan DUN Sitiawan, Perak hari ini, beliau telah menimbulkan beberapa persoalan serta mencabar pemimpin-pemimpin MCA, MIC dan Gerakan untuk membuat pendirian atas perkara ini supaya sistem meritocrasi yang sering diuar-uarkan oleh mereka dilaksanakan demi kebaikan negara. Lebih memalukan apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia adalah ahli MCA.
Peratusan jumlah penduduk(tahun 2007 ) berdasarkan 27 juta orang di Malaysia mengikut kaum adalah seperti berikut;-
Bumiputra-60.69%
Cina- 23.01%
India-6.7%
Lain-lain-9.39%
Ini bermakna 45,000 penuntut (11.6%) Cina dan 16,000 penuntut(3.9%)India yang lain hendaklah diberi perluang untuk menlanjutkan pelajaran di institusi tinggi awam selain daripada jumlah sekarang.Kalau tidak sistem meritocrasi yang sering diuar-uarkan adalah cakap kosong sahaja. Atau adakah penuntut Melayu yang memasuki institusi-institusi ini adalah golongan yang cerdik belaka? Kalau begitu, kenapa setiap tahun ada sahaja penuntut-penuntut bukan Melayu yang memperolehi A's yang penuh tidak mendapat tempat yang sewajarnya di institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan walaupun Kementerian Pelajaran hanya mengumumkan bilangan penuntut yang memperolehi A's yang banyak adalah berbeza dengan angka pengambilan masuk ke institusi tinggi awam tempatan.
Harap kerajaan dapat melaksanakan sistem meritocrasi sepenuhnya demi masa depan pemuda-pemudi kita dan negara kita dari segi modal insan supaya cendekiawan kita tidak hilang ke negara jiran.
posted by jason ling
No comments:
Post a Comment