Wednesday, September 10, 2008

Soalan Lisan YB Dato' Ngeh Koo Ham di Parliament

Kerajaan Tempatan-Sistem kutipan sisa pepejal.
Soalan:
YB Ngeh Koo Ham (Beruas) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan dalam penswastaan sistem pengutipan sisa pepejal, siapakah yang akan membayar bayaran kepada syarikat swasta berkenaan. Adakah Kerajaan Persekutuan akan meneruskan dengan penswastaan pengutipan sisa pepejal ini dengan syarikat yang telah dipilih oleh Kerajaan Persekutuan sungguhpun Kerajaan Negeri mempunyai pilihan lain yang lebih baik.

JAWAPAN :-

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apabila penswastaan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan sepenuhnya kelak, Kerajaan Persekutuan Awam akan membuat bayaran ke atas perkhidmatan yang diberi oleh syarikat konsesi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan mendapatkan sejumlah bayaran daripada PBT atas kadar yang akan ditetapkan kemudian berdasarkan jumlah peruntukan sediaada yang digunakan bagi aktiviti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Sebarang perbezaan akibat peluasan skop perkhidmatan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kerana wujudnya petunjuk prestasi utama, akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
Mengenai penswastaan pengutipan sisa pepejal, Kerajaan Persekutuan akan meneruskan keputusan tentang tiga (3) syarikat yang diberikan konsesi menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam iaitu Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. bagi wilayah tengah dan timur, Syarikat Southern Waste Management Sdn. Bhd. bagi wilayah selatan dan Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. bagi wilayah utara.

No comments: