Tuesday, September 9, 2008

Soalan Lisan Dato' Ngeh Koo Ham di Parliament

Soalan:

YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan kenapa Kerajaan membenarkan Indah Water Konsortium Sdn Bhd mengambil tindakan mahkamah terhadap penghuni-penghuni pada hal ia hanyalah sebuah syarikat kontraktor dan Kerajaan Persekutuan adalah pembekal perkhidmatan dan adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat mamberi peruntukan untuk perbelanjaan merawat kumbahan air dan membatal bil-bil IWK.



Jawapan:

Tuan Yang Dipetua,

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah syarikat pembetungan nasional, sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Syarikat tersebut telah dilantik untuk mengendali dan menyenggara sistem pembetungan awam terutamanya sistem pembetungan kecuali di negeri Sabah,Sarawak, kelantan, kawasan operasi Majlis Bandaraya Johor Baru dan Perbadanan Pasir Gudang.

Sejajar dengan tanggungjawab tersebut, IWK telah diberi kuasa untuk mengutip caj perkhidmatan daripada pengguna berdasarkan kadar yang diwartakan oleh kerajaan..Pemberian kuasa ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993(akta 508). Mulai 1Januari 2008, Akta tersebut telah dimansuhkan dan digantikan oleh Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Kadar caj tersebut dikenakan mengikut jenis perkhidmatan yang dinikmati oleh pemilik premis hartanah. Kutipan hasil yang diperoleh akan digunakan oleh pihak IWK untuk menampung perbelanjaan kos operasi(Opex) pengendalian dan penyenggaran sistem-sistem pembetungan awam. Memandangkan kutipan tersebut tidak dapat menampung kos operasi sebenar, Kerajaan masih perlu membiayai sebahagian daripadanya. Sementara itu, Kerajaan juga bertanggungjawab menyediakan perbelanjaan kapital (Capex) dan melaksanakan pembangunan loji-loji rawatan dan rangkaian paip pembetungan awam baru serta menaik taraf sistem sedia ada.

Sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada kutipan caj bagi menampung sebahagian daripada Opexnya, IWK telah disarankan untuk memastikan jumlah hasil tersebut dikutip secara cekap dan berkesan.Oleh yang demikian, syarikat tersebut telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk kesedaran supaya pengguna membayar caj tersebut. Bagi memastikan pengguna menjelaskan tunggakan caj pembetungan, pihak IWK atau wakilnya yang dilantik akan mengeluarkan syrat perringatan, surat tuntutan peguam dan juga sesi perbincangan untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Tindakan mahkamah adalah langkah yang terakhir sekali digunakan ke atas pengguna-pengguna yang masih enggan menjelaskan tunggakan dan mengabaikan peringatan -peringatan tersebut.
Oleh kerana bayaran yang dibuat oleh pemilik premis hartanah bagi maksud caj perkhimatan pembetungan yang meliputi pennyaluran dan rawatan kumbahan,Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan caj berkenaan.Namun begitu, Kerajaan akan memastikan bahawa pihak IWK akan mengendali dan menyelenggarakan perkhidmatan pembetungan secara cekap dan berkesan sepanjang masa.

No comments: