Friday, October 31, 2014

DAP memberi bantuan kepada penganut hindu sempena Hari Depavali‏

Dato’ Ngeh Koo Ham , YB Wong May Ing dan ahli parti bersama mengedarkan barangan kepada penerima

Penganut Hindu di Negara ini akan menyambut Deepavali pada hari Rabu ini. Pesta cahaya yang kebiasaanya disambut dengan penuh kemeriahan mengundang kerunsingan di hati mereka akibat kenaikan kos sara hidup. Sejajar dengan keadaan itu, Parti Tindakan Demokratik ( DAP) telah mengambil insiatif untuk mendapatkan data-data mengenai kedaifaan mereka yang sangat memerlukan pertolongan dan menyalurkan bantuan berupakan barangan keperluan harian.

Insiatif ini telah digerakan oleh Ahli Parlimen DAP bagi Ahli Parlimen kawasan Beruas. YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Wong May Ing ADUN kawasan Pantai Remis . Mereka telah mengerakkan ahli-ahli parti untuk mengedarkan hamper berupa barangan keperluan kepada Kaum India yang sangat memerlukan bantuan.

Lawatan Sosial seperti ini yang berada kebiasaan hanya tertumpu kepada pemberian bantuan, kali ini diberikan nafas baru dengan mengambil maklumat tentang pendapatan dan membantu mereka untuk memohon kebajikan dan bantuan yang sepatutnya perolehi di atas kedaifan hidup mereka.


Steven Cheong, setiausaha politik kepada Dato’ Ngeh Koo Ham mengedarkan barangan kepada golongan kaum india yang miskin

YB Wong May Ing Berkata, setelah perlaksanaan GST kelak akan ada kesan tehadap inflasi. Namun begitu, tiada sebarang kepastian tentang kenaikan gaji kepada rakyat yang sememangya akan terus membenbankan rakyat terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah yang seperti jatuh ditimpa tangga. Kita juga tidak boleh membayangkan sebagai contoh jika ketua keluarga menghidapi penyakit kronik, keluarga tersebut akan hilang punca pendapatan serta merta.

YB Wong May Ing juga menyeru agar pihak Kebajikan Masyarakat untuk membuat tinjauan baru bagi memastikan penilaian yang dibuat kepada golongan miskin pada hari ini berpadanan dengan kenaikan kos sara hidup dan meningakatkan jumlah bantuan tersebut. Berdasarkan standard yang telah ditetapkan bagi golongan yang berpendapatan sebanyak RM 750 hanya mendapat bantuan sebanyak RM 300 untuk menampung keluarga.

DAP telah mengedarkan barangan di kawasan Beruas dan Sitiawan, penerima berasal dari Sitiawan, Ayer Tawar, Changkat Kruing,Pantai Remis dan Beruas.

No comments: