Saturday, July 12, 2014

DAP Mengedarkan Buah Kurma, Mendapat Sambutan Hangat di Beruas, Pantai Remis dan Ayer Tawar‏

DAP telah menyediakan 1,000 kotak buah kurma untik diagihkan kepada umat Islam.

Sempena bulan Ramadhan ini, Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah menyediakan 1,000 kotak buah kurma untuk diagihkan kepada sahabat Muslim. Sambutan daripada rakyat adalah amat menggalakkan and buah kurma telah habis diagihkan di pasar Ramadhan Beruas, Pantai Remis dan Ayer Tawar pada hujung minggu yang lalu.

Ahli Parlimen Beruas Y.B. Dato’ Ngeh Koo Ham berkata bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kumpulan etnik mempunyai budaya yang unik and warisan budaya tersendiri. Namun begitu, hal ini tidak menjadi halangan untuk kita untuk meraikan perayaan bersama-sama.

Sebagai parti politik yang menghargai kepelbagaian budaya, DAP telah mengambil inisiatif untuk meraikan bulan Ramadhan bersama-sama muslimin dan muslimat negara ini dengan mengagihkan buah kurma kepada sahabat warga Islam yang berpuasa. Y.B. Dato’ Ngeh juga berkata buah kurma selalu dijadikan juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadhan. Buah kurma mengandungi kandungan gula yang tinggi dan zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat oleh sel-sel tubuh. Oleh itu pengambilan buah kurma boleh memulihkan tenaga dengan cepat. Di samping itu, buah kurma boleh mengurangkan kelaparan dan keinginan untuk makan. Hal ini boleh mengelakkan seseorang daripada makan berlebihan ketika berbuka puasa dan mengakibatkan kesan-kesan negatif.

Y.B. Dato’ Ngeh and Y.B. Wong mengagihkan buah kurma kepada sahabat Muslim di Pasar Ramadhan

ADUN Pantai Remis Y.B. Wong May Ing berkata bahwa DAP telah menyediakan 1,000 kotak buah kurma untuk diagihkan di Pasar Ramadhan. Nombor telefon dan alamat Pusat Khidmat DAP Beruas, Pantai Remis dan Ayer Tawar juga diletakkan di atas kotak-kotak tersebut untuk memudahkan orang ramai menghubungi staf pusat khidmat ketika mereka menghadapi masalah. Hal ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan sahabat Muslim dan semua buah kurma telah diagihkan kepada mereka dalam masa dua hari.

No comments: