Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini(11/5/09) memutuskan bahawa Dato' Seri Ir Hj. Mohd Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Tahniah diucapkan khasnya kepada Dato' Seri dan amnya kepada Pakatan Rakyat.
Ini adalah satu-satunya keputusan yang adil dan berani oleh hakim mahkamah. Negara kita memang memerlukan hakim-hakim yang bertindak adil dan telus supaya rakyat mempunyai keyakinan terhadap kehakiman negara kita.
Dengan ini semoga DYMM Tuanku Sultan Perak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya untuk seluruh Perak boleh diadakan untuk rakyat memilih kerajaan yang dikehendaki dan krisis Perak ini dapat diselesaikan demi kebaikan negeri Perak dan negara kita yang dicintai. Ini merupakan hasrat orang ramai bukan sahaja di Perak bahkan orang-orang dari luar Perak. Ini termasuk persatuan-persatuan, NGO-NGO, kesatuan-kesatuan berbagai ugama
dan pelabur-pelabur tempatan dan luar negara.
Kami menyerahkan perkara ini kepada Tuanku yang pintar, cerdik pantai untuk membuat keputusan yang bijak supaya krisis ini tidak berpanjangan.
Daulat, Tuanku.
posted by jason
No comments:
Post a Comment