YAB Dato' Seri Ir. Nizar bin Jamaluddin & Datin Seri, YB Sivakumar Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Bishop Gereja Methodist SeMalaysia, Rev Hwa Yung, Bishop Katholik Diosis Penang dan Perak, Bishop Anthony Selvanayagam, Datuk Jamalludin Amini bin Ahmad, Pegawai Kewangan Negeri Perak & Datin, , ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, daif-daif kehormat, paderi-paderi serta seluruh warga negeri Perak yang hadir pada malam ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir pada malam ini untuk menjayakan Konsert Muhibah Krismas 2008.Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi bersama saya En. Stanley Lim bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan konsert malam ini. Saya ingin menjelaskan bahawa saya hanyalah pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat dan En. Stanley Lim adalah pengerusi yang benar-benar bekerja melaksanakan program malam ini.Jangan nanti lembu punya susu sapi dapat nama. Saya juga tidak boleh lupa berterima kasih kepada mereka yang benar-benar bekerja 'on the ground' iaitu pekerja-pekerja MBI, JKR, pegawai-pegawai SUK, pihak polis, pihak TNB dan para peserta program malam ini yang membolehkan program malam ini dapat diadakan dengan berjaya.
Hari Krismas disambut untuk mengingati kelahiran Yesus Kristus/Jesus Christ/ Nabi Isa. Seperti dalam menyambut hari lahir pengasas-pengasas agama yang lain adalah penting kita manusia sekali lagi diingatkan tentang nilai-nilai baik yang dibawa oleh pengasas-pengasas agama ini kepada insan manusia .
Sebagai seorang Kristian, saya senantiasa diingatkan tentang kasih sayang (compassion) Yesus Kristus kepada mereka yang lemah, miskin, yang dipinggirkan atau yang tertindas( the weak, the poor, those neglected and down trodden) supaya kita berazam memastikan keperluan golongan-golongan ini di beri perhatian.
Beliau mengajar manusia supaya saling sayang-menyayangi satu sama yang lain. Kasih sayang yang diajarnya adalah satu kasih tanpa syarat (unconditional and sacrificial love) dalam bahasa Greek/Yunani dipanggil 'Agape'. John 15:12 & 13 ; My command is this: 'Love each other as I have loved you. Greater love has no one than this, that he lay down his life for his friends'. Saya percaya semua agama utama dunia juga mengajar pengikut-pengikutnya untuk membuat baik kepada yang lain dan jika manusia benar-benar mengikut ajaran-ajaran ini dunia akan menjadi satu tempat yang lebih baik untuk didiami oleh kita semua. Malangnya ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan menimbulkan syak wasangka antara satu agama dengan agama yang lain. Saya sentiasa menyuarakan saranan bahawa jika kita hendak mengetahui sesuatu agama, bacalah buku yang ditulis oleh pakar-pakar yang juga penganut agama itu sendiri dan bukan komentari yang dibuat oleh mereka yang bukan penganut agama tersebut. Ini adalah penting supaya kita mendapat gambaran yang tepat dan benar mengenai agama tersebut.
Saya juga bersetuju dengan seruan YAB Perdana Menteri supaya di adakan satu mekanisma untuk menyelesaikan masalah yang timbul antara agama yang berbeda dan juga untuk memupuk perpaduan rakyat kita yang berbilang agama.
Akhir kata, saya berharap konsert malam ini dapat memupuk lagi muhibah diantara kalangan rakyat jelata dengan pelbagai program dalam pelbagai bahasa dan budaya untuk menyambut Hari Krismas tahun 2008.
Sekian, Terima kasih.
Ngeh Koo Ham
Pengerusi Bersama
Sambutan Hari Krismas 2008
Anjuran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan



Merry Christmas













Mr Ling Leong Chnong, Vice-President of Sitiawan Rotary Club receiving
Diamond Home was established in 1996 by a couple who saw the needs to care for the innocent children.The couple, Ps James and Ps Soba took the childrens in, care for them, nurture them and love them. Their deeds gave these childrens hope and sense of belongings.Their emotion,and spiritual needs are cared for besides physical needs.
YB Dato' Ngeh, YB Nga and DAP leaders paid a last respect to sdr Lee.
The body of the late sdr. Lee was been carried for a final journey.
The hearse was been pulled by the leaders and representatives of DAP to the burial ground.
Mr Paul Ngan donated RM15,000 to the Kg Jering village for landscaping.



Let us also take time to visit our friends of Hindu faith to foster better understanding and relationship and make our beloved land of Malaysia a better place to live in. Happy Deepavali.

Dato' Ngeh assessed the damage done at one of the resident's house in Taman Kuok Thai, Sitiawan. JPS's engineers and MPM's engineers as well as Ahli Majlis was also called to study the situations and to solve the flood problems to prevent recurrent in the future.
Dato' Ngeh also empathized with the victims and inquired whether they need to be evacuated.He assured the victims that he will be available anytime when any needs arises.
