Showing posts with label rakyat. Show all posts
Showing posts with label rakyat. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

SKANDAL TANAH TERBESAR DALAM SEJARAH NEGERI PERAK!


Sejak rampasan kuasa pada 6/2/2009, Kerajaan BN Negeri Perak telah meluluskan 112,546.7 ekar tanah Negeri Perak (luasnya bersamaan 455.6 km panjang dan 1 km lebar) kepada orang perseorangan atau syarikat yang kebanyakannya kroni BN. 455.46 km adalah lebih kurang bersamaan dengan jarak dari Alor Star ke Kuala Lumpur!

Akibatnya: 

1. Rakyat kerugian wang berbillion-billion ringgit kerana tanah tersebut tidak diberikan secara tender terbuka.

2. Rakyat yang layak terutamanya mereka yang miskin dan tidak ada tanah tidak diluluskan tanah.

3. Rumah-rumah setinggan di Perak tidak diselesaikan.

4. Petani-petani dan pekebun-pekebun kecil yang sudah turun temurun mengusahakan tanah tidak diluluskan tanah.

5. Kroni-kroni yang mendapat tanah-tanah sedemikian menjualkan tanah-tanah mereka dengan serta merta untuk mengaut keuntungan yang lumayan.


Ini kalilah. Ubah Sekarang.