Thursday, January 8, 2015

Ngeh & Nga tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pembalakan di Kelantan

Jabatan Alam Sekitar merakamkan penghargaan kepada syarikat ini kerana telah melaksanakan dan memenuhi syarat-syarat kelulusan EIA (Penilaian Dampak Alam Sekitar)

KENYATAAN MEDIA

Ahli Parlimen kawasan Taiping, YB Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen kawasan Beruas, YB Dato’ Ngeh Koo Ham tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pembalakan di Kelantan.

----------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan oleh tuduhan yang berniat jahat terhadap Ahli Parlimen kawasan Taiping, YB Nga Kor Ming dan saya khususnya di dalam media sosial baru-baru ini yang telah menuduh kami berdua terlibat dengan aktiviti pembalakan dan menyebabkan banjir yang tidak terkawal di negeri Kelantan, saya ingin memberikan penjelasan seperti berikut:

1. Ahli Parlimen kawasan Taiping, YB Nga Kor Ming dan saya tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti pembalakan samada di Kelantan ataupun di mana-mana tempat di Malaysia. Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kami berdua mempunyai pelaburan juga tidak terlibat sama sekali dalam aktiviti pembalakan (Syarikat ini mempunyai lebih kurang 100 orang pelabur secara langsung atau tidak langsung).

2. Upayapadu Plantation Sdn Bhd selama ini hanya terlibat dalam penanaman semula pokok-pokok di atas tanah usaha sama dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Pemegang-Pemegang saham sekarang mengambil alih Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada tahun 2012. Syarikat ini telah menandatangani perjanjian usahasama tersebut pada tahun 2006 semasa syarikat ini masih di bawah pemilikan pemegang-pemegang saham yang lama.
Kami telah memfailkan saman fitnah terhadap penulis lapuran tersebut dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

3. Akbar Berita Harian berniat jahat dan telah membuat berita palsu menuduh kami melakukan pembalakan dan mencemarkan sungai-sungai di Kelantan pada penghujung tahun 2012 dan kami telah memfailkan saman fitnah terhadap penulis lapuran tersebut dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang merupakan pemilik dan penerbit Berita Harian. Kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada bulan Mac 2015 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

4. Upayapadu Plantation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang sangat bertanggungjawab semasa menjalankan kerja-kerja penanaman semula tanah tersebut. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu surat bertarikh 23 September 2014 merakamkan penghargaan kepada syarikat ini kerana telah melaksanakan dan memenuhi syarat-syarat kelulusan EIA (Penilaian Dampak Alam Sekitar). Jabatan itu juga telah merakamkan tahniah dan syabas kepada syarikat tersebut atas sikap tanggungjawab serta tindakan pembetulan dengan kadar segera selepas mendapat teguran semasa kerja-kerja audit dijalankan.

5. Upayapadu Plantation Sdn Bhd membelanjakan puluhan ribu ringgit setiap tahun menggaji konsultan alam sekitar dan juruaudit alam sekitar demi memenuhi syarat-syarat EIA.

6. Kolam-kolam pemendapan telah dibina di dalam kawasan tanah tersebut untuk memastikan air dari tanah tersebut tidak mencemarkan sungai-sungai. Mendapan dari air yang mengalir akan terkumpul di dalam kolam-kolam pemendepan ini sebelum air itu mengalir ke dalam sungai.

7. Sungai-sungai dalam kawasan tanah tersebut telah dibersihkan daripada sebarang kekotoran dan halangan untuk membolehkannya air mengalir dengan sempurna dan menghindarkan berlakunya kejadian banjir.

8. Kawasan tanah tersebut tidak terjejas akibat banjir baru-baru ini sungguhpun ia terletak di antara Gua Musang dan Kuala Krai yang terjejas teruk akibat banjir. Ada beberapa pihak yang tertanya-tanya samada pembangunan di kawasan tanah tersebut memberi kesan kepada banjir di Gua Musang dan Kuala Krai. Sebagai penjelasan, saya ingin menyatakan bahawa kampung- kampung yang mengelilingi kawasan tanah tersebut tidak terjejas akibat banjir. Sekiranya kampung-kampung di sekitar tanah tersebut tidak terjejas akibat banjir, bagaimanakah pembangunan tanah tersebut ada kaitan dengan banjir yang berlaku lebih kurang 65 km dari tanah tersebut? Tanah tersebut jauhnya kira-kira 65km dari Bandar Gua Musang dan juga kira-kira 65 km dari Bandar Kuala Krai.

9. Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah membawa banyak kebaikan kepada penduduk-penduduk negeri Kelantan seperti berikut:-

(i) Syarikat ini telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membangunkan infrastruktur di kawasan tersebut yang telah membawa kebaikan kepada penduduk tempatan. Ia telah membina sebuah substesyen elektrik dan juga tiang-tiang dan kabel telah dipasang (setelah syarikat meyumbang wang yang besar kepada TNB) yang membolehkan penduduk tempatan juga mendapatkan sambungan elektrik TNB. Jalan masuk utama juga telah dilebarkan dan dinaiktaraf, selain jalan-jalan yang lain turut dibina dan digunakan oleh penduduk tempatan. Sungai-sungai juga telah dibersihkan bagi mengelakkan banjir.

(ii) Lebih daripada 80% pekerja syarikat adalah penduduk negeri Kelantan.

(iii) Syarikat telah membuka ratusan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

(iv) Usaha-sama projek ini akan memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK).

10. Upayapadu Plantation Sdn Bhd juga telah berkongsi memberikan sumbangan di dalam derma berjumlah RM151,500.00 yang telah diserahkan oleh Persatuan Pengusaha Ladang Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membantu mangsa banjir.

Kami sayangkan negara ini dan rakyatnya.

Sebagai Ahli Parlimen-Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, kami hanya mahukan kebaikan dan bukan keburukan kepada negara Malaysia dan rakyatnya.


Bertarikh 8 Januari 2015.


YB DATO’ NGEH KOO HAM

Ahli Parlimen Beruas

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi DUN Sitiawan

Timbalan Setiausaha Agung,

DAP Malaysia

2 comments:

LaNgIt yAnG iNdAh,aWan YaNg MeNdUnG said...

Kenapa tak senaraikan sekali bloger Friends Of Barisan Nasionak (FOBN),
Blogger ini terlalu banyak membuat fitnah malah menyebarkan fitnah sehingga kami rakyat Kelantan berasa malu disebabkan kononnya kes pembalakan...mohon YB senaraikan sekali blogger BN tersebut, kami merayu kepada YB untuk menilai balik saman tersebut..kami harap YB tidak hampakan harapan kami yang menyokong usahasama syarikat YB dengan YIK.

Blogger said...

SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<






SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<