Tuesday, August 26, 2014

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan mulai 26 Ogos 2014

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan:

1.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa tidak nampak ada kerja yang dijalankan untuk membina jalan selari dengan Jalan Besar, Ayer Tawar daripada Dewan Persatuan Kutien Manjung di Ayer Tawar ke Batu 16, Ayer Tawar Perak sungguhpun Kerajaan telah berkali-kali berjanji akan melaksanakan projek ini.

2.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada insinerator di Pulau Pangkor mencukupi untuk mengendalikan sampah Pulau Pangkor dan apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan timbunan buangan pepejal di tepi insinerator tersebut yang kian menggunung.

3.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan bagi setiap pejabat tanah di Perak bagi setiap tahun daripada 2009 hingga ke 2014.


Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis:

4.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan tindakan yang diambil terhadap GPB Corporation Sdn Bhd, pengusaha bas awam Perak Aman Jaya di Daerah Manjung yang tidak mengikut jadual waktu dan banyak bas yang tidak digerakkan setiap hari sungguhpun menerima bantuan kewangan kerajaan bagi setiap bas awam tersebut.


5.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kadar kenaikan cukai pintu bagi semua daerah di Negeri Perak dalam tempoh 2009 hingga 2014.


6.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah (senaraikan) projek-projek kerajaan (samada kerajaan Tempatan, Negeri dan Persekutuan) di Pulau Pangkor atau pulau-pulau persekitarannya yang terbiar atau menjadi projek gajah putih dan apakah tindakan selanjutnya pihak kerajaan terhadap projek-projek tersebut.


7.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa projek-projek pembangunan disepanjang jalan masuk ke Changkat Keruing begitu dekat dengan jalanraya dan samada ia diluluskan oleh pihak kerajaan tempatan.


8.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan bagi setiap kerajaan tempatan di Perak bagi setiap tahun daripada 2009 hingga ke 2014.

1 comment:

reality bites said...

Dear Ngeh Koo Ham,
Your name appears on the web site below as being the solicitor for Wendy group international... I am seeking Venture capital from them but I am suspicious. Can you please confirm that it is true or is it a deception and they are using your name improperly. Kindest regards, Sean Macnamara

http://www.wendygrpint.com/team.html