Monday, July 13, 2009

Soalan Dato' Ngeh Koo Ham di Dewan Rakyat

POLIS MASUK DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

Soalan:
Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan semua nama-nama anggota polis yang masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7/5/2009 dan nama-nama mereka yang mengheret dan membawa keluar secara paksa Speaker V. Sivakumar daripada Dewan Undangan Negeri Perak pada hari tersebut.

Jawapan:
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Beruas yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk maklumam Ahli Yang Berhormat, tindakan pihak polis untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak sewaktu persidangan Dun yang ke 12 berlangsung adalah dibuat atas permintaan Speaker Dewan dan berlandaskan kepada undang-undang. Tindakan tersebut sama sekali tidak digerakkan oleh mana-mana individu dan tidak bersifat mala fide. Justeru itu, tidak wujud sebarang keperluan bagi kerajaan untuk mendedahkan nama-nama anggota polis yang bertugas ketika insiden DUN Perak sepertimana yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat.

2 comments:

cindy said...

Mana ada ikut undang-undang Menteri? Rakyat tahulah! Polis masuk heret Speaker yang sahlah!
Sebelum itu Speaker V. Sivakumar berulang kali suruh ADUN Katak dan Exco Palsu keluar kenapa polis tak bertindak? Polis orang BBBBBNNNNNke? Tak adillah!

June.W said...

sooner or later Malaysia will be taken over by police or soldier like others countries...~~sigh~~...maybe v should think of migrating....except for good food, there is no reason for us to stay anymore...