Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendali dan menyelenggara 59 buah Rumah Kebajikan/ Institusi Kebajikan untuk kumpulan sasar Jabatan iaitu kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Di samping itu, terdapat juga Rumah-rumah Kebajikan yang diselenggarakan oleh Badan Bukan Kerajaan dan swasta.
Tujuan utama Rumah-rumah Kebajikan ini adalah bagi menyediakan
perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sebagainya kepada kumpulan
sasar yang memerlukan. Jumlah Rumah Kebajikan yang dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan di bawah pemantauan JKM adalah sebanyak 168 buah.
Bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Badan Bukan Kerajaan (pertubuhan Sukarela Kebajikan) sentiasa di tahap yang baik
dan memenuhi keperluan kumpulan sasar, Kerajaan menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk geran tahunan bagi membiayai kos penyelenggaraan Rumah-rumah tersebut. Pada tahun 2007, sebanyak RM18,126,682.00 diperuntukkan kepada 168 buah Rumah Kebajikan ini dan bilangan kumpulan sasar yang mendapat faedah darinya adalah seramai 11,641 orang.