Wednesday, March 12, 2014

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan dan bertulis bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke 13 mulai 10hb Mac 2014.

Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan bilakah pindaan kepada Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 and Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 yang dicadangkan dalam tahun 2009 untuk dipinda bagi menyelesaikan masalah yang timbul apabila seorang daripada  sepasang suami isteri bukan Islam memeluk agama Islam akan dibentengkan di Parlimen.

  1. Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah kursus-kursus yang ditawarkan of Universiti Kuala Lumpur (MIMET), cawangan Manjung dan jumlah penuntut-penuntut dalam Universiti ini mengikut pecahan kaum. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah wang yang akan diberikan kepada rakyat dibawah Skim Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) bagi tahun 2014 dan berapakah jumlah yang dijimatkan oleh kerajaan dalam tahun 2014 daripada penarikan/penurunan subsidi yang diberikan bagi tahun 2014 berbanding dengan subsidi yang diberikan dalam tahun 2013.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan daripada  manakah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat dana dan nyatakan jumlah dana tersebut untuk memajukan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia. Berapakah hutang 1MDB pada masa kini?

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kenapa 1 Malaysia Development Berhad ditubuhkan untuk membangun projek-projek berkenaan dengan tenaga (energy), hartanah, pelancongan dan perniagaan pertanian. Penubuhan 1MDB bersaing dengan pihak swasta dan kenapa kerajaan tidak membiarkan pembangunan sedemikian dibangunkan oleh pihak swasta?
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan/atau perniagaan di Tun Razak Exchange untuk layak menikmati insentif-insentif yang telah diumumkan oleh kerajaan.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pendidikan menyatakan siapakah yang menyediakan kertas-kertas dalam bahasa Inggeris peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 kerana terhadap banyak kesalahan bahasa dalam kertas-kertas Biologi, Fizik dan Kimia. Nyatakan tindakan yang akan diambil supaya kertas-kertas peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan beberapakah jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk menanam semula pokok getah  dan kelapa sawit setiap tahun dan kenapa seringkali kelulusan permohonan untuk tanam semula pokok getah dan kelapa sawit ditangguhkan atas sebab tidak ada peruntukan yang mencukupi.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah penciptaan alat-alat atau jentera terbaru untuk mengurangkan pengantungan kepada tenaga buruh dalam industri kelapa sawit dan getah.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan industri kelapa sawit di Malaysia akan dapat terus bersaing dengan negara  lain seperti Indonesia yang mempunyai kos tenaga buruh yang lebih rendah.

Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis

1.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kerja Raya menyatakan  bilakah kerajaan bercadang untuk memperbaiki jalan persekutuan dari Ipoh ke  Lumut yang berumbang ambing di banyak bahagian jalan tersebut.

2.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kerja Raya menyatakan kenapa tidak nampak  kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan daripada Kg Acheh, Sitiawan ke Changkat Jering, Taiping dijalankan sungguhpun kerajaan telah menyatakan bahawa projek ini sudah dimulakan.
  
3.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah peruntukan pinjaman tanam semula hutan yang telah diperuntukan untuk setiap tahun, jumlah pinjaman yang telah diluluskan dan jumlah yang gagal dibayar balik oleh peminjam-peminjam.

4.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kerja Raya menyatakan samada kerajaan bercadang menghidupkan semula projek lebuhraya Simpang Pulai ke Lumut di Perak yang telah gagal dibina oleh MRCB Bhd sungguhpun projek tersebut telah diluluskan untuk dibina oleh syarikat tersebut dalam tahun 2000.

5.      YB DATO’ NGEH KOO HAM minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang kerajaan, hutang luar Negara dan hutang isi keluarga yang terkini.

No comments: