Showing posts with label parliament. Show all posts
Showing posts with label parliament. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan dan bertulis bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke 13 mulai 10hb Mac 2014.

Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan bilakah pindaan kepada Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 and Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 yang dicadangkan dalam tahun 2009 untuk dipinda bagi menyelesaikan masalah yang timbul apabila seorang daripada  sepasang suami isteri bukan Islam memeluk agama Islam akan dibentengkan di Parlimen.

  1. Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah kursus-kursus yang ditawarkan of Universiti Kuala Lumpur (MIMET), cawangan Manjung dan jumlah penuntut-penuntut dalam Universiti ini mengikut pecahan kaum. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah wang yang akan diberikan kepada rakyat dibawah Skim Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) bagi tahun 2014 dan berapakah jumlah yang dijimatkan oleh kerajaan dalam tahun 2014 daripada penarikan/penurunan subsidi yang diberikan bagi tahun 2014 berbanding dengan subsidi yang diberikan dalam tahun 2013.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan daripada  manakah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat dana dan nyatakan jumlah dana tersebut untuk memajukan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia. Berapakah hutang 1MDB pada masa kini?

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kenapa 1 Malaysia Development Berhad ditubuhkan untuk membangun projek-projek berkenaan dengan tenaga (energy), hartanah, pelancongan dan perniagaan pertanian. Penubuhan 1MDB bersaing dengan pihak swasta dan kenapa kerajaan tidak membiarkan pembangunan sedemikian dibangunkan oleh pihak swasta?
  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan/atau perniagaan di Tun Razak Exchange untuk layak menikmati insentif-insentif yang telah diumumkan oleh kerajaan.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pendidikan menyatakan siapakah yang menyediakan kertas-kertas dalam bahasa Inggeris peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 kerana terhadap banyak kesalahan bahasa dalam kertas-kertas Biologi, Fizik dan Kimia. Nyatakan tindakan yang akan diambil supaya kertas-kertas peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan beberapakah jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk menanam semula pokok getah  dan kelapa sawit setiap tahun dan kenapa seringkali kelulusan permohonan untuk tanam semula pokok getah dan kelapa sawit ditangguhkan atas sebab tidak ada peruntukan yang mencukupi.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah penciptaan alat-alat atau jentera terbaru untuk mengurangkan pengantungan kepada tenaga buruh dalam industri kelapa sawit dan getah.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan industri kelapa sawit di Malaysia akan dapat terus bersaing dengan negara  lain seperti Indonesia yang mempunyai kos tenaga buruh yang lebih rendah.

Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis

1.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kerja Raya menyatakan  bilakah kerajaan bercadang untuk memperbaiki jalan persekutuan dari Ipoh ke  Lumut yang berumbang ambing di banyak bahagian jalan tersebut.

2.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kerja Raya menyatakan kenapa tidak nampak  kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan daripada Kg Acheh, Sitiawan ke Changkat Jering, Taiping dijalankan sungguhpun kerajaan telah menyatakan bahawa projek ini sudah dimulakan.
  
3.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah peruntukan pinjaman tanam semula hutan yang telah diperuntukan untuk setiap tahun, jumlah pinjaman yang telah diluluskan dan jumlah yang gagal dibayar balik oleh peminjam-peminjam.

4.      YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kerja Raya menyatakan samada kerajaan bercadang menghidupkan semula projek lebuhraya Simpang Pulai ke Lumut di Perak yang telah gagal dibina oleh MRCB Bhd sungguhpun projek tersebut telah diluluskan untuk dibina oleh syarikat tersebut dalam tahun 2000.

5.      YB DATO’ NGEH KOO HAM minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang kerajaan, hutang luar Negara dan hutang isi keluarga yang terkini.

Thursday, April 4, 2013

MCA & Chua Soi Lek proven no power in BN. Will him respond to Najib's snub?



MEDIA STATEMENT 

Media Conference (I) by DAP Perak State Committee at DAP Perak HQ, Ipoh on 4th April 2013 in response to the Dissolution of Parliament on 3rd April 2013


Chua Soi Lek and MCA proven to have no say and irrelevant in BN. Will Chua Soi Lek respond to Najib’s snub?

The Perak DAP State Committee and the people of Perak have long awaited the dissolution of Parliament by Prime Minister Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak. The dissolution of Parliament announced by Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak yesterday (3/4/2013) however, came as a complete surprise. This is because the MCA President, Dato’ Seri Chua Soi Lek has on the day before (Tuesday, 2/4/2013) stated that Dato’ Seri Najib has informed him that there was still plenty of time before the 13th General Election.

DAP has repeatedly asserted in the past that though MCA is a component party in the ruling BN coalition government it has no power or say in the decisions made by the BN Government.

The above said episode proves that not only MCA has no power or say in the decisions made by the BN Government, MCA is irrelevant in the BN Government.

MCA was clearly not consulted on the appropriate date for the dissolution of Parliament and PM Dato’ Seri Najib thinks that it is alright to mislead and takes MCA off guard. Will the MCA President, Chua Soi Lek who claims to be brave and vocal respond to this snub?

I hope voters who still habour hopes that MCA will be able to represent them will be convinced that MCA is a lost hope.


Dated this 4th day of April 2013.



NGEH KOO HAM

DAP Perak Chairman &

DAP Deputy Secretary General




Tuesday, September 18, 2012

Soalan-soalan yang ditanya oleh YB Dato' Ngeh Koo Ham untuk Mesyuarat Ketiga,Penggal Kelima,Parlimen Ke 12



Pertanyaan Bagi Jawab Lisan :


  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan

a)      Jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk Skim Perumahan Pekerja Ladang Tun Razak yang diperkenalkan pada tahun 1973/1974 untuk kawasan Parlimen Beruas dan seluruh Negara; dan

b)      Jumlah rumah yang telah dibina untuk pekerja estate di bawah Skim tersebut di kawasan Parlimen Beruas dan seluruh Negara. (1/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan permohonan yang diterima daripada Lembaga Pengelola Sekolah atau PIBG sekolah-sekolah bantuan modal di ladang milik syarikat kerajaan (GLC) seperti Sime Darby untuk:

a)      Menukar status menjadi sekolah bantuan penuh dari tahun 1990 hingga Jun 2012.

b)      Jumlah permohonan sedemikian yang diluluskan. (2/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi  menyatakan jumlah syarikat dan individu yang mendapat kuota subsidi minyak kelapa sawit/minyak masak dan bagaimana cara pemilihan dan pengagihan tersebut dijalankan. (3/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan syarikat-syarikat yang telah diberikan lesen untuk mengimpot dan memproses gula di negara ini dan apakah criteria syarikat-syarikat tersebut dipilih. (4/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan dasar, syarat dan halangan, sekiranya ada untuk penganut agama Kristian melawat Jeruselam bagi tujuan keagamaaan.  (8/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah kerja naik taraf jalanraya daripada Sitiawan ke Simpang, Taiping yang telah diumumkan sekian lama akan dimulakan dan jumlah nilai kontrek untuk kerja tersebut. (9/10/2012)


  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberikan senarai nama syarikat dan individu serta bilangan AP bagi setiap individu dan syarikat tersebut untuk import kereta mengikut tahun dari 2008 hingga 2012. (10/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

a)     Bilangan rakyat kelahiran Malaysia yang masih memegang Kad Pengenalan merah.

b)     Apakah polisi kerajaan untuk meluluskan kewarganegaraan kepada golongan ini apabila mereka memohon untuk menjadi warganegara. (11/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pengangkutan untuk nyatakan berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan untuk membolehkan RapidKL, LRT dan monorail memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai untuk menyertai Perayaan Kemerdekaan untuk tahun ini. (15/10/2012)

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan siapakah yang melantik panel hakim-hakim bagi mendengar kes-kes Mahkamah Persekutuan Malaysia Notis Usul No. 06-3-2009(A) dan Rayuan Sivil No. 01-11-2009. (16/10/2012)



Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis :


  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelancongan menyatakan

(a)    Jumlah pelawat ke Muzium Gangga Negara Beruas, Perak sejak ia ditubuhkan dan

(b)   Jumlah yang diperuntukkan untuk selenggaraan dan promosi Muzium ini sejak ia ditubuhkan.




  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan jumlah cuti yang diberi kepada kakitangan kerajaan untuk

a)      menunaikan Haji di Mekah bagi penganut Islam; dan

b)      menunaikan tanggungjawab agama lain melawat ke India, Rome dan Jerusalem atau lain-lain tempat keagamaan bagi kaum bukan Islam.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan untuk sekolah Tamil Ladang Cashood dan Sekolah Tamil  Ladang Sogomana  (kawasan Parlimen Beruas) serta Sekolah Tamil  Walbrok (kawasan Parlimen Lumut) bagi tujuan baik pulih dan pembinaan bangunan baru dari tahun 2000 hingga 2012.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah status tawaran National Land Finance Cooperative Society (NLFCS) yang dibuat dalam tahun 2008 untuk menyerahkan tapak tanah 8 sekolah yang terletak di ladang milik NLFCS kepada Kementerian Pelajaran untuk dijadikan sekolah bantuan penuh.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Dalam Negeri untuk nyatakan kenapa polis tidak memberitahu ahli keluarga Ng Chin Heng segera tentang kematiannya berkaitan lapuran polis 6740/2012 (Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee) dan lapuran polis oleh bapanya (Petaling repot 014220/12). Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai yang cuai.