Monday, March 31, 2014

Soalan-Soalan Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan mulai 31hb Mac 2014



Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan

1.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa kerja membina jalan selari dengan Jalan Besar Ayer Tawar daripada Dewan Persatuan Kutien Manjung ke Batu 16, Ayer Tawar masih belum dimulakan sungguhpun kerajaan telah menyatakan ia akan dibina pada tahun 2014.

2.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah fail permohonan melanjutkan tempoh bagi tanah pajakan yang akan atau yang sudah tamat tempoh bagi tempoh tahun 2008 hingga 2013 untuk Daerah Manjung dan berapakah fail sedemikian yang hilang.

3.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Perbadanan Kemajuan Negeri Perak menjualkan tanah PN 367509 Lot 320378, Mukim Teja, Daerah Kampar dan berapakah harga jualan hartanah tersebut.

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis

4.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Kerajaan tidak mengecualikan cukai tanah bagi bangunan Geraja Chung Hwa Church of Christ yang dibina atas GM 1316 Lot 21929, Mukim Sitiawan sungguhpun Kerajaan telah mengecualikan cukai taksiran bagi bangunan gereja tersebut.

5.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan polisi atau garis panduan Kerajaan berkenaan dengan pindahmilik hartanah yang memerlukan kelulusan YAB Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri.

6.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Kerajaan meluluskan saliran utama untuk air keluar dari Kampung Baru Changkat Keruing, Daerah Manjung kepada orang persendirian untuk dijadikan tapak rumah.

7.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada Kerajaan mengikut peraturan yang sediada apabila meluluskan sebuah tapak rumah dibelakang Dewan Persatuan Bekas Murid-Murid SRJK (C) Khuan Hean, Changkat Keruing. Adakah pelan rumah yang dibina atas tapak ini mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Manjung?

8.  Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dan/atau Majlis Perbadanan Manjung untuk Hotel Putera di Lumut, status hotel tersebut pada masa kini dan rancangan masa depan untuk hotel ini.

No comments: