Tuesday, September 25, 2012

Soalan-Soalan Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan



 Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan:

1.                 Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mempromosikan Muzium Gangga Negara di Beruas sebagai satu pusat pelancongan.

2.           Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membolehkan pekerja-pekerja estet memiliki rumah mereka sendiri dan berapakah antara mereka telah berjaya memiliki rumah sendiri dibawah rancangan Kerajaan Negeri.

3.                      Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada Kerajaan masih meneruskan polisi kerajaan yang diputuskan pada tahun 2008 untuk memberikan cukai pintu percuma, bayaran cukai tanah sebanyak RM40.00 sahaja dan premium tukar status tanah daripada pertanian ke bangunan sebanyak RM1,000 sahaja harta kepunyaan pertubuhan-pertubuhan yang tidak berunsur keuntungan (non-profit organization) yang layak.



Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis

  1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada pusat pembuangan sampah di Teluk Mengkudu, Segari sudah siap disediakan. Kalau belum, kenapa ?

  1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memberikan tanah tambahan untuk SJK (Tamil) Maha Ganesha, Sitiawan yang bilangan muridnya semakin bertambah. 

  1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak setiap tahun sejak 2008 sehingga sekarang.

  1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan sejauh manakah program pemberian tanah samada secara berhakmilik atau secara tanah reseb berkelompok sebanyak 8 ¼ ekar kepada setiap keluarga orang Asli yang diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 2008 telah dilaksanakan.

  1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah tanah yang telah Kerajaan luluskan secara berhakmilik atau secara pajakan sejak 6/2/2009 hingga sekarang. Nyatakan kategori-kategori tanah tersebut dan keluasannya. 

No comments: