Showing posts with label Dewan Negeri Perak. Show all posts
Showing posts with label Dewan Negeri Perak. Show all posts
Wednesday, April 1, 2015
Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan mulai 31hb Mac 2015
Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan :
1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa kerajaan meluluskan dinaikkan fi tahunan iklan sehingga 6,600% atau 66 kali bagi bill board apabila satistik menunjukkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT-PBT) mencukupi untuk menampung perbelanjaan.
2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan perkara-perkara berikut:-
i) Berapakah jumlah pelabuhan di Negeri Perak, berapa milik swasta dan berapa milik kerajaan.
ii) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kerajaan mempunyai kawalan ke atas pelabuhan-pelabuhan ini.
3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa kerajaan menghalau petani-petani dan penternak-penternak daripada tanah-tanah yang telah lama diusahakan oleh mereka hinggakan mereka terpaksa berdemonstrasi hingga ke Putrajaya untuk membantah tindakan kerajaan Negeri Perak.
Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis :
1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan jumlah keuntungan setiap tahun bagi tahun 2009 hingga 2014 daripada tanah-tanah yang diluluskan kepada SSI (State Secretary Incorporated) dan juga projek-projek yang dilaksanakan oleh SSI. Nyatakan bagaimana keuntungan berkenaan digunakan.
2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan perkara-perkara berikut berkenaan dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) dari tahun 2011 hingga 2014.
i) Jumlah tanah (senaraikan) yang diluluskan kepada MBI.
ii) Projek-projek yang dilaksanakan oleh MBI dan keuntungan/kerugian mereka.
3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada syarat-syarat yang dikenakan ke atas skim-skim perumahan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti SSI, MBI dan PKNPK adalah sama dengan yang dikenakan ke atas pemaju-pemaju persendirian. Jika tidak, nyatakan perbezaannya.
4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Majlis Perbandaran Manjung boleh meluluskan projek-projek pembangunan di sepanjang jalan masuk ke Changkat Keruing begitu dekat dengan jalanraya. Adakah kelulusan projek-projek ini menepati undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada?
5. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan apakah rancangan kerajaan untuk kawasan Daerah Kerian hinggakan 2 ‘interchange’ iaitu Bandar Bahru/Parit Buntar ‘interchange’ dan Alor Pongsu ‘interchange’ yang jaraknya hanya lebih kurang 5 km diantara mereka dibina di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
YB DATO NGEH KOO HAM
Labels:
Dewan Negeri Perak,
soalan bertulis,
Soalan lisan
Monday, March 31, 2014
Soalan-Soalan Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan mulai 31hb Mac 2014
Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan
1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa kerja membina jalan selari dengan Jalan Besar Ayer Tawar daripada Dewan Persatuan Kutien Manjung ke Batu 16, Ayer Tawar masih belum dimulakan sungguhpun kerajaan telah menyatakan ia akan dibina pada tahun 2014.
2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah fail permohonan melanjutkan tempoh bagi tanah pajakan yang akan atau yang sudah tamat tempoh bagi tempoh tahun 2008 hingga 2013 untuk Daerah Manjung dan berapakah fail sedemikian yang hilang.
3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Perbadanan Kemajuan Negeri Perak menjualkan tanah PN 367509 Lot 320378, Mukim Teja, Daerah Kampar dan berapakah harga jualan hartanah tersebut.
Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis
4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Kerajaan tidak mengecualikan cukai tanah bagi bangunan Geraja Chung Hwa Church of Christ yang dibina atas GM 1316 Lot 21929, Mukim Sitiawan sungguhpun Kerajaan telah mengecualikan cukai taksiran bagi bangunan gereja tersebut.
5. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan polisi atau garis panduan Kerajaan berkenaan dengan pindahmilik hartanah yang memerlukan kelulusan YAB Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri.
6. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Kerajaan meluluskan saliran utama untuk air keluar dari Kampung Baru Changkat Keruing, Daerah Manjung kepada orang persendirian untuk dijadikan tapak rumah.
7. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada Kerajaan mengikut peraturan yang sediada apabila meluluskan sebuah tapak rumah dibelakang Dewan Persatuan Bekas Murid-Murid SRJK (C) Khuan Hean, Changkat Keruing. Adakah pelan rumah yang dibina atas tapak ini mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Manjung?
8. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dan/atau Majlis Perbadanan Manjung untuk Hotel Putera di Lumut, status hotel tersebut pada masa kini dan rancangan masa depan untuk hotel ini.
Labels:
Dewan Negeri Perak,
Perak,
Perak State Assembly,
soalan
Tuesday, September 25, 2012
Soalan-Soalan Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan
1. Bertanya kepada
YAB Menteri Besar untuk menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan untuk mempromosikan Muzium Gangga Negara di Beruas sebagai satu pusat
pelancongan.
2. Bertanya kepada
YAB Menteri Besar untuk menyatakan tindakan yang telah diambil oleh
Kerajaan untuk membolehkan pekerja-pekerja estet memiliki rumah mereka sendiri
dan berapakah antara mereka telah berjaya memiliki rumah sendiri dibawah
rancangan Kerajaan Negeri.
3. Bertanya kepada
YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada Kerajaan masih meneruskan polisi
kerajaan yang diputuskan pada tahun 2008 untuk memberikan cukai pintu percuma,
bayaran cukai tanah sebanyak RM40.00 sahaja dan premium tukar status tanah
daripada pertanian ke bangunan sebanyak RM1,000 sahaja harta kepunyaan
pertubuhan-pertubuhan yang tidak berunsur keuntungan (non-profit organization)
yang layak.
Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis
- Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada pusat pembuangan sampah di Teluk Mengkudu, Segari sudah siap disediakan. Kalau belum, kenapa ?
- Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memberikan tanah tambahan untuk SJK (Tamil) Maha Ganesha, Sitiawan yang bilangan muridnya semakin bertambah.
- Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak setiap tahun sejak 2008 sehingga sekarang.
- Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan sejauh manakah program pemberian tanah samada secara berhakmilik atau secara tanah reseb berkelompok sebanyak 8 ¼ ekar kepada setiap keluarga orang Asli yang diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 2008 telah dilaksanakan.
- Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah tanah yang telah Kerajaan luluskan secara berhakmilik atau secara pajakan sejak 6/2/2009 hingga sekarang. Nyatakan kategori-kategori tanah tersebut dan keluasannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
