Wednesday, April 1, 2015

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan mulai 31hb Mac 2015


Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan :

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa kerajaan meluluskan dinaikkan fi tahunan iklan sehingga 6,600% atau 66 kali bagi bill board apabila satistik menunjukkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT-PBT) mencukupi untuk menampung perbelanjaan.

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan perkara-perkara berikut:-

i) Berapakah jumlah pelabuhan di Negeri Perak, berapa milik swasta dan berapa milik kerajaan.

ii) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kerajaan mempunyai kawalan ke atas pelabuhan-pelabuhan ini.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa kerajaan menghalau petani-petani dan penternak-penternak daripada tanah-tanah yang telah lama diusahakan oleh mereka hinggakan mereka terpaksa berdemonstrasi hingga ke Putrajaya untuk membantah tindakan kerajaan Negeri Perak.


Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis :

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan jumlah keuntungan setiap tahun bagi tahun 2009 hingga 2014 daripada tanah-tanah yang diluluskan kepada SSI (State Secretary Incorporated) dan juga projek-projek yang dilaksanakan oleh SSI. Nyatakan bagaimana keuntungan berkenaan digunakan.

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan perkara-perkara berikut berkenaan dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) dari tahun 2011 hingga 2014.

i) Jumlah tanah (senaraikan) yang diluluskan kepada MBI.

ii) Projek-projek yang dilaksanakan oleh MBI dan keuntungan/kerugian mereka.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada syarat-syarat yang dikenakan ke atas skim-skim perumahan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti SSI, MBI dan PKNPK adalah sama dengan yang dikenakan ke atas pemaju-pemaju persendirian. Jika tidak, nyatakan perbezaannya.

4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa Majlis Perbandaran Manjung boleh meluluskan projek-projek pembangunan di sepanjang jalan masuk ke Changkat Keruing begitu dekat dengan jalanraya. Adakah kelulusan projek-projek ini menepati undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada?

5. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan apakah rancangan kerajaan untuk kawasan Daerah Kerian hinggakan 2 ‘interchange’ iaitu Bandar Bahru/Parit Buntar ‘interchange’ dan Alor Pongsu ‘interchange’ yang jaraknya hanya lebih kurang 5 km diantara mereka dibina di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.



YB DATO NGEH KOO HAM

No comments: