Sunday, November 15, 2015


KENYATAAN MEDIA

Perbadanan Menteri Besar (PMB) untuk siapa? Beribu-ribu ekar tanah bernilai berbilion-bilion ringgit telah diluluskan oleh Perbadanan Menteri Besar Perak. Jika 1MDB menjadi skandal terbesar Malaysia, PMB Perak boleh menjadi skandal terbesar dalam sejarah Negeri Perak.


Sering dinyatakan bahawa  tugas Kerajaan bukannya untuk perniagaan. Tanggungjawab utama Kerajaan ialah untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih selesa untuk rakyat menikmati kehidupan, pekerjaan  dan perniagaan mereka.

Jikakalau pun kerajaan terlibat dalam perniagaan ia mestilah bertujuan semata-mata untuk menjana pendapatan bagi mengurangkan cukai ke atas rakyat dan menggunakan keuntungan itu untuk memanafaatkan rakyat.

Akan tetapi sejak Barisan Nasional merampas kuasa secara tidak demokratik pada 6/2/2009 di Negeri Perak, tumpuan utama kerajaan BN Negeri Perak ialah untuk melibatkan diri mereka dalam perniagaan bagi memberi menafaat kepada sekumpulan kecil orang sahaja. Rakyat biasa  merasa terabai. Satu contoh yang ketara ialah cara kerajaan BN Negeri Perak mengendalikan PMB.

Sejak PMB Perak diaktifkan semula pada tahun 2012, penyiasatan kami menunjukkan lebih 10,000 ekar tanah bernilai berbilion-bilion ringgit telah diluluskan kepada PMB.

Penyiasatan kami menunjukkan bahawa PMB telah diluluskan tanah di sekurang-kurangnya 7 daerah daripada 10 daerah yang ada di Negeri Perak. Daerah-daerah berkenaan adalah seperti berikut:-

(i)                 Daerah Hulu Perak.
(ii)               Daerah Kuala Kangsar.
(iii)             Daerah Larut Matang dan Selama.
(iv)              Daerah Batang Padang.
(v)                Daerah Manjung.
(vi)              Daerah Perak Tengah.
(vii)            Daerah Kinta.

1 MDB merupakan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia dan PMB Perak boleh menjadi skandal terbesar di Negeri Perak jika tidak dibendung dengan segera.

Bagi pihak rakyat Negeri Perak, kami menuntut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir untuk membekalkan senarai segala tanah yang telah diluluskan kepada PMB dan segala Perjanjian yang telah tandatangani atau dipersetujui oleh PMB. Kami menuntut sesalinan senarai tanah-tanah yang telah diluluskan kepada PMB dan semua perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani oleh PMB dibekalkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak apabila sidang Dewan Undangan Negeri Perak mula bersidang pada hari Selasa, 17hb November 2015.





No comments: