Sebagai Ahli Parlimen, beliau telah menyuarakan hal ini kepada pihak kerajaaan melalui Parlimen. Akhirnya melalui Rancangan Malaysia ke-11, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah Balai Polis berkategori-A di Ayer Tawar demi mengurangkan kadar jenayah dan ketenteraman awam, fasiliti seperti perumahan dan setor barangan kes telah diwujud.
Pada hari ini, Balai Polis Ayer Tawar berperanan menjaga orang awam yang berjumlah hampir 50,000 orang di Ayer Tawar, dengan kekuatan anggota kurang dari 20 orang. Mengikut nisbahnya, seorang anggota polis di Ayer Tawar perlu menjaga keselamatan hampir 2,500 orang penduduk. Ini adalah sangat jauh daripada nisbah anggota polis yang bertaraf antarabangsa. di mana seorang anggota polis perlu bertanggungjawab menjaga keselamatan 250 orang penduduk. Ayer Tawar sangat-sangat memerlukan lebih ramai anggota polis yang terlatih kerana buat masa ini penduduk hanya bergantung dengan 20 orang anggota polis ini selain disokong oleh anggota Rela dan polis komuniti yang menggunakan walkie-talkie sesama mereka. Bantuan kumpulan ini sangatlah dihargai, namun penduduk Ayer Tawar masih memerlukan keberadaan anggota polis untuk melaksanakan tugas mereka demi menjaga kepentingan orang awam. Anggota polis yang bersenjata, mempunyai latihan yang khusus lebih mampu untuk menjaga keselamatan penduduk.
Harapan besar disandarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-11 yang menyenaraikan Ayer Tawar sebagai sebuah pekan yang kini memerlukan sebuah balai polis berkategori A, dengan mempunyai anggota lebih kurang 150 orang. Semoga rancangan ini akan menjadi kenyataan dan menjadikan Ayer Tawar sebagai sebuah pekan yang lebih selamat untuk didiami.