Friday, September 6, 2013

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan dan bertulis bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke 13 mulai 23hb September 2013.


Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan samada Kerajaan bercadang mengubal undang-undang dan peraturan-peraturan baru untuk memboleh petisyen pilihanraya didengar atas merit sesuatu petisyen kerana hampir semua petisyen pilihanraya telah ditolak kerana atas alasan teknikal.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang akan timbul jika pekerja-pekerja asing tidak berminat lagi bekerja di Malaysia.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan kenapa harga sarang burung turun mendadak 2 tahun kebelakangan ini dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah ini.

  1. Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani nyatakan sebab-sebab harga ikan Arowana turun mendadak baru-baru ini dan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah ini. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan yang diterima oleh negeri Perak dalam 5 tahun yang lepas daripada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah espok dan impot untuk 5 tahun kebelakangan ini dengan pecahan mengikut sektor-sektor masing-masing.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan nyatakan jumlah pelancong yang melawat Malaysia dan jumlah yang melawat negeri Perak untuk 5 tahun kebelakangan ini dan jumlah yang dibelanjakan oleh mereka.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab kenapa Putrajaya Holdings Bhd tidak memajukan tanah didepan Universiti Petronas di Tronoh, Perak yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk dimajukan sebagai satu Bandar baru tetapi telah menjualkan tanah tersebut.
  2. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air menyatakan jenis tenaga yang boleh dibaharui (types of renewable energy) yang sedang dijana di negera ini dan langkah-langkah yang sedang dibuat untuk menambah penggunaan tenaga sedemikian.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham Menteri Pendidikan menyatakan samada Kerajaan mempunyai aturan khas (special arrangement) dengan institusi-institusi pengajian tinggi tertentu diluar Negara untuk mengambil atau melatih pelajar-pelajar daripada Malaysia dan apakah butir-butir aturan khas tersebut.


Pertanyaan Bagi Jawab Tulis

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan quality udara di kawasan Kampung Kamaruddin, Teluk Rubiah, Seri Manjung dan Sitiawan. Adakah udara di kawasan-kawasan tersebut sihat dan berikan perubahan qualiti udara di kawasan-kawasan tersebut dalam 10 tahun yang lepas.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah kongsi-kongsi gelap yang aktif di kawasan Manjung, Perak dan nyatakan satistik jenayah untuk kawasan Manjung  untuk 7 tahun yang lepas.


  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berapakah janakuasa letrik sedang beroperasi di Daerah Manjung dan adakah mereka ini menyebabkan kecemaran udara dan alam sekitar dan peningkatan haba di kawasan ini.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pendidikan nyatakan jumlah institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta dalam negara ini dan  jumlah penuntut-penuntut dalam institusi-institusi ini mengikut pecahan kaum.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sebab-sebab kegagalan penternakan udang di Daerah Manjung baru baru ini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

No comments: