Tuesday, May 19, 2015

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan dan bertulis bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13

Pertanyaan Bagi Jawab Lisan


  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pendidikan menyatakan kenapa pengambilan Kursus Pengurusan Lepasan Ijazah diberhentikan sejak tahun 2013. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pendidikan menyatakan samada Sarjana Muda Sastera Pendidikan Bahasa Inggeris Universiti Tunku Abdul Rahman diiktiraf oleh Kerajaan dan kenapa graduan Bahasa Inggeris Universiti ini tidak diambil untuk menjadi guru bahasa Inggeris sungguhpun sekolah kita kekurangan guru bahasa Inggeris. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kesihatan menyatakan beberapakah jumlah penurunan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada Kementerian Kesihatan untuk tahun 2015 berbanding dengan peruntukan tahun 2014. Nyatakan kesan ke atas perkhidmatan dan projek-projek yang dilaksanakan atau akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan untuk tahun 2015. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah yang dibayar oleh Kementerian Kesihatan kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan samada pesakit boleh mendapat rawatan terus daripada IJN atau mesti melalui hospital Kementerian Kesihatan. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kesihatan menyatakan samada penyakit Thalassaemia boleh dirawat di Malaysia. Nyatakan kenapa ramai pesakit penyakit ini terpaksa mendapat rawatan Cord Blood Transplantation (CBT) di Negara Taiwan. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan kepada kementerian untuk digunakan sebagai pinjaman (soft loan) kepada pengusahaan-pengusahaan tanaman pokok balak dan berapa lamakah secara purata pinjaman ini dapat dikeluarkan oleh kementerian atau agensi kerajaan apabila tuntutan dibuat selepas semua syarat-syarat telah dipenuhi. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah dana yang diuruskan oleh Forest Plantation Development Sdn Bhd untuk dipinjamkan kepada pengusaha-pengusaha penanaman pokok balak dan beberapakah pekerja yang digaji untuk mengurus dana ini.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan kenapa keputusan Majlis Tanah Negara membenarkan tanah reseb Melayu dipajak kepada orang bukan Melayu tidak dilaksanakan. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah status terkini permohonan Kerajaan Negeri Perak untuk membina sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Negeri Perak terutamanya cadangan kerja sama Penerbangan Air Asia dengan Sime Darby untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Daerah Kerian, Perak. 

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan pembangunan yang telah dibawa oleh Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara atau NCIA (Northern Corridor Implementation Authority) kepada Negeri Perak.

Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Kerja Raya untuk menyatakan samada kerajaan bercadang meneruskan pembinaan jalan selari dengan Lebuhraya Utara Selatan dari Alor Pongsu ke Kampong Bagan Samak selepas kerajaan telah siap membina jalan raya selari dengan Lebuh Raya Utara-Selatan dari Bukit Merah ke Alor Pongsu.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Dalam Negeri menyatakan samada kerajaan bercadang membina bangunan baru dan menambah pegawai polis untuk kawasan Ayer Tawar, Perak yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 50,000 orang.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan samada projek Pertanian Berkonsepkan Agro Farming dan Agro Tourism seluas 121.71 hektar (300.75 ekar) di Mukim Sungai Raia, Daerah Kinta, Negeri Perak yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dengan Obor Hasil Sdn Bhd telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan keadaan kualiti udara di kawasan Manjung yang dikhuatiri dicemar akibat pembangunan yang pesat.

  1. YB Dato’ Ngeh Koo Ham minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan sejauh namakah penjana-penjana letrik di Manjung menyumbang kepada kecemaran udara dan air dan peningkatan hawa di kawasan Manjung, Perak.





Y.B. DATO’ NGEH KOO HAM

(P68 BERUAS)

1 comment:

Unknown said...

Hello,
Adakah anda dari segi kewangan ke bawah? mendapatkan pinjaman sekarang dan memulihkan perniagaan anda, Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka tahun baru ini. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: (gloryloanfirm@gmail.com). mengisi borang Maklumat Peminjam di bawah:

Nama penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Tempoh Pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nombor telefon bimbit: ________

sila memohon syarikat yang sah.