Kenyataan Media oleh Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan pada hari Jumaat, 5 Ogos 2016 di Ayer Tawar, Perak.
Kerajaan Barisan Nasional membina sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan kos Rm 165,000.00 di negeri Perak. Prima facie terdapat unsur rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta bertindak menyiasat dengan segera.
Sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli sebuah rumah menggunakan wangnya sendiri dan bersetuju dengan permohonan mengubah kegunaan sebidang tanah di atas kapasitinya sebagai seorang pegawai kerajaan adalah rasuah, kita boleh nampak lebih banyak kes rasuah dan kes-kes rasuah yang lebih ketara di negeri Perak .
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Seri Noh Omar telah mengumumkan bahawa kos pembinaan sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah RM165,000.00 seunit. Beliau juga telah mengumumkan bahawa di bawah PPR ini sebanyak 99 buah unit rumah sedang dibina di Seri Iskandar dan 260 unit apartmen sedang dibina di Kamunting.
Menteri Noh Omar atau Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry bin Abdul Kadir mesti menjelaskan samada kos RM165,000.00 ini termasuk atau tidak termasuk harga tanah perumahan ini. Sekiranya ia termasuk harga tanah, ia masih prima facie terdapat elemen rasuah kerana harga tersebut adalah terlalu tinggi berbanding dengan kos yang sepatutnya. Sekiranya ia tidak termasuk harga tanah maka ia melibatkan rasuah yang lebih besar.
Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan bahawa harga sebuah rumah kos rendah di negeri Perak mesti dijual dengan harga RM70,000.00 atau lebih rendah dan sebuah rumah kos sederhana hendaklah dijual dengan harga antara RM70,000 sehingga RM140,000.00.
Noh Omar juga telah mengumumkan bahawa rumah PPR diatas akan dijual dengan harga RM35,000.00. Maka, perumahan PPR di atas mestilah dibawah kategori rumah kos rendah atau rumah kos sederhana.
Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak telah menetapkan harga siling rumah kos rendah pada harga RM70,000.00 untuk rumah kos rendah dan harga siling bagi rumah kos sederhana pada harga RM140,000.00 maka kos pembinaan rumah- rumah tersebut mestilah masing-masing dibawah RM70,000.00 dan RM140,000.00 seunit.
Maka, sekiranya Kerajaan Barisan Nasional membina sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat pada kos RM165,000.00 seunit, ia merupakan sesuatu yang menimbulkan persoalan. Prima facie terhadap elemen rasuah dalam projek-projek di atas.
Saya dengan ini meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian untuk menyiasat kedua-dua projek di atas dengan segera bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak wang rakyat memandangkan terdapat empat lagi projek PPR dengan 2000 unit rumah sedang dirancang untuk dibina di Negeri Perak.
Bertarikh 5hb Ogos, 2016. NGEH KOO HAM ADUN Sitiawan & Ahli Parlimen Beruas